Friday, May 29, 2009

1st Reunion



Reunion atau Perjumpaan Yang Pertama, Sejak Kami meninggalkan Afats pada tahun 1990 (19 Tahun yang lalu). Kami semua yang dapat menghadirkan diri pada hari tersebut (25 dec 2005) telah melawat tempat bermulanya nostalgia bagi intake 21 bagi mengenang kembali nostalgia tempat yang telah mengajar kami mengenal erti kehidupan, kedewasaan serta cabaran. Semoga perjumpaan ini akan dapat diteruskan dimasa akan datang demi mengeratkan silaturrahim diantara intake 21 khasnya.
Rasa seperti baru semalam kami meninggalkan Afats tapi sebenarnya telah berlalu sejauh 19 tahun, dahulu kami datang seorang diri dari kampung kini kami hadir dengan keluarga begitu juga pada Kem Segenting jika dulu ia dihiasi oleh bangunan kediaman budak Afats tapi sekarang yang tinggal hanyalah runtuhan kerana ia perlu berubah seperti mana kami juga yang telah banyak berubah dari segi fizikal. Tetapi perubahan itu tetap tidak mengubah apa-apa memori kepada kami kerana yang pastinya Kami Adalah Bekas-bekas Pelajar Pengambilan Siri Ke 21 Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat, Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Thursday, May 28, 2009

XAFATS--21 (MEMORIES)



Sejarah Penubuhan Afats:

Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera (SPPAT) telah ditubuhkan pada 1 April 1968 di bawah kelulusan Majlis Angkatan tentera. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Panglima Tentera Darat iaitu Jen Tan Sri Abdul Hamid bin Bidin pada 9 November 1968, bertempat di Kem Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan.Pengambilan pertama terdiri daripada 60 orang perantis putera telah berjaya menamatkan latihan selama 3 tahun pada 3 April 1971. Kumpulan pertama ini telah diagihkan kepada ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara.

Mulai pengambilan ke 11, setiap perintis putera hanya perlu mengikuti kursus selama 2 tahun dan mereka ini dikenali sebagai 'Perantis Putera Kategori A'.Pada awal tahun 1982, sekolah ini dipindahkan ke Kem Segenting, Batu 10, Port Dickson. Pada 12 Ogos 1988 nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD) dan hanya melatih para perantis untuk perkhidmatan Tentera Darat khususnya Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja. Pada tahun 1992, SPPTD telah berpindah sekali semula ke tempat asalnya di Kem Si Rusa dan berada di bawah pentadbiran dan pengurusan Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED).


==================================